Sunday, August 16, 2009

PERMAI : Pasca Pilihan Raya

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Pertama-tamanya, sama-sama kita panjatkan doa pada Allah SWT, agar kita disampaikan kepada Ramadhan & mohon dikekalkan sehingga ke hujungnya.

Madrasah Ramadhan yang bakal menjelma, merupakan satu jualan murah dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya membeli pahala. Andai kata tidak diambil kesempatan ini, satu kerugian besar bagi kita sendiri.

Keduanya, ingin aku pohon seribu kemaafan andai kata tulisanku dalam entri ke-3 berkenaan pilihan raya PERMAI menimbulkan salah faham terutama kepada mahasiswa Yarmouk. Entri yang mengulas sedikit berkenaan Majlis Mahasiswa Yarmouk.

Bagaimana anda melihat gambar di atas?

Mungkin disebabkan cara memandang yang berbeza, maka aku mengeluarkan pendapat yang sedemikian rupa. A man focuses on a big thing, & he thinks he already scored 30 points when he succeeded. While a woman may thinks differently, which even a big thing is considered as one point. Mungkin juga disebabkan kedangkalan & kurangnya penelitianku pada MMY meletakkan penilaianku sedemikian rupa.

Jadi sebelum aku meneruskan tulisan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua yang berkenaan dalam entriku sebelum ini.

MMJ, dengan Mini Klinik mereka mungkin telah memberikan impak yang agak besar pada pandangan aku, kepada warga PERMAI. Penglibatan & minat yang memberangsangkan di sebelah ikhwah menjadi kayu ukurku dalam hal ini.

MMY, tidak aku nafikan, banyak program telah dianjurkan. Multaqa 'ilmi yang diadakan di Dewan Abu Ain, sememangnya sangat bermanfaat. Namun sekali lagi, aku nyatakan, penilaianku pada penglibatan & minat warga PERMAI agak hambar. Rata-rata yang hadir pada malam itu kebanyakannya mahasiswa Yarmouk juga.

Apa yang ingin aku maksudkan adalah bagaimana untuk menarik lebih ramai untuk terlibat & memberikan rasa minat kepada warga PERMAI keseluruhannya. Bagaimana untuk menonjolkan fungsi mahasiswa Yarmouk dalam bidang masing-masing. Sekiranya MMJ, dengan program-program mereka mampu untuk menampakkan apakah aplikasi yang telah mahasiswa di JUST ini pelajari, memberikan manfaat kepada keseluruhan warga PERMAI.

Itu yang cuba aku maksudkan.

Kejahilan masyarakat, jangan kita tertawakan.
Sebaliknya salahkanlah diri kita, yang sepatutnya berperanan!


Alhamdulillah, dengan kewujudan blog MMY sendiri, banyak yang telah dikeluarkan untuk manfaat semua. Adalah diharapkan sangat-sangat, seluruh warga PERMAI, dalam apa jua bidang, dapat memberikan walau secebis daripada apa yang ada di dada kita semua, untuk dikongsi bersama, terutamanya di sebelah ikhwah.

Kurangnya budaya ilmu, banyaknya hedonisma, menjadikan akal & hati menjadi lesu. Ulasan-ulasan isu semasa, berkaitan dengan fiqh atau keagamaan, yang menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat, perlu dijawab secara proaktif oleh mereka yang berada pada bidangnya. Begitu juga dalam masalah yang melibatkan kesihatan atau bidang perubatan mahupun pergigian.

Ya, sememangnya sukar untuk memuaskan hati semua pihak. MMY, sekali lagi, tidak aku nafikan mereka telah banyak berperanan & memberikan manfaat kepada warga PERMAI. Mungkin silapnya pada cara aku menilai.

Sekali lagi aku memohon maaf, buat MMY, juga kepada seluruh mahasiswa Yarmouk.

Andai kata manusia boleh dikawal sebegini rupa?

Pesanku untuk semua, sememangnya tidak mudah untuk berurusan dengan manusia, apatah lagi memuaskan hati mereka. Namun itulah yang Nabi SAW katakan, golongan yang berada bersama dengan masyarakat & berasa sakit dengan perbuatan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang mengasingkan diri dengan tujuan beribadah.


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.

Sunday, July 19, 2009

Labuhkan tirai 08/09 (siri 1)

Assalamualaikum wbth...

Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Alhamdulillah, berakhir lagi satu sesi pentadbiran PERMAI. 12 bulan, merupakan satu tempoh yang cukup panjang. Pastinya tanpa sokongan & dorongan serta kerjasama warga PERMAI sekalian, Badan Pentadbir PERMAI sesi 2008/2009 tidak akan dapat bertahan & melaksanakan amal-amal Islami yang dipertanggungjawabkan kepada kami.


Amanah atau taklifan merupakan satu bebanan, bukan kunci untuk memperoleh kemuliaan. Tiadalah kami yang berada di atas ini mempunyai apa-apa keistimewaan untuk membuat keputusan atau melaksanakan apa sahaja yang berlegar di fikiran kami tanpa memikirkan akan warga PERMAI keseluruhan.


Begitu jugalah yang saya harapkan kepada pimpinan yang bakal memegang teraju PERMAI, dapat mengutamakan kepentingan ahli tanpa membeza-bezakan mereka. Juga diharapkan kepada seluruh warga PERMAI, agar dapat memberikan kerjasama kepada pimpinan yang naik kelak, walau sekadar akhlak yang tinggi.


Musnahkan segala tembok yang membeza-bezakan, yang memisah & memecah-belahkan kesatuan warga PERMAI, agar keadaan kembali permai. Cukuplah tahun-tahun sebelum ini yang banyak suka-duka dek kerana adanya golongan yang cemburu melihat kesatuan ini, cuba untuk membawa idea-idea & fikrah yang tidak matang lagi rasional, lantas ‘menceraikan’ sebahagian ahli PERMAI dengan yang kelompok besar.


Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah membezakan antara manusia, inikan pula kita sebagai umatnya yang kerdil lagi hina. Islam tidak pernah mengajar untuk mendiskriminasi antara satu sama lain. Memilih sebahagian & mengabaikan sebahagian yang lain, bukanlah sifat dai’e yang proaktif & produktif.


Akhir kalam, 3 tahun berada dalam kepimpinan PERMAI, saya memohon maaf andai ada salah & silap, sepanjang saya berperanan. Terima kasih & syabas saya ucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan PERMAI sesi 2008/2009, atas kerjasama yang padu sepanjang sesi ini, & juga kerana berjaya mengukuhkan PERMAI di hati ahli dengan cogankata ‘PERMAI DI HATI’.


Terima kasih juga buat warga PERMAI kerana telah memberikan komitmen yang tinggi walaupun dalam kepadatan kehidupan seorang mahasiswa di bumi Anbiya’ ini.


Semoga PERMAI akan terus berjuang, kembali meletakkan kalimah Allah pada tempat yang selayaknya.

Wallahua3lam.


Nursyafiq bin Ali Shibramulisi

Timbalan Presiden,

Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid,

Sesi 2008/2009.


*artikel ini telah diedit oleh Biro Program AJK Pelaksana AGM PERMAI kali ke-7 dan dimuatkan dalam Buku Cenderahati untuk VIP dalam program tersebut.

Thursday, July 16, 2009

Pilihanraya PERMAI (siri 4)

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Sedar atau tidak, telah 4 siri aku keluarkan untuk komen pilihanraya PERMAI kali ini, menggambarkan betapa hangat & sengitnya pemilihan pucuk pimpinan sesi depan ini.


Thabat pada dasar, dinamik pada keadaan, fleksibel dalam pelaksanaan!

Aku juga hairan buat akhir-akhir ini, ramai antara warga PERMAI menuntut setiap calon untuk mengemukakan manifesto masing-masing. Atas nama mahukan perubahan, maka tuntutan sebegini dilakukan, meskipun tahun-tahun sebelum ini tidak dilakukan.

Perlu diingatkan, yang kita di sini tidak sama seperti di kampus-kampus di Malaysia, yang calon-calon sendiri yang mendaftar untuk bertanding. Maka mereka perlu membuat manifesto yang diyakini untuk meraih undi daripada para pemilih.

Berlainan dengan kita dalam komuniti PERMAI, kita, selaku ahli, sendiri YANG MENCALONKAN MEREKA, sedangkan ada di antara MEREKA TIDAK PERNAH TERFIKIR PUN UNTUK DUDUK DI KERUSI MT.

Malahan, ada juga calon-calon ini dikempenkan tanpa pengetahuan mereka! Maka kita secara senang-senang menuntut itu & ini, jika tidak, tidak mahu keluar mengundi.

Itu satu perkara.

Yang kedua,

Perlu kita kaji dalam aspek MEMINTA-MINTA JAWATAN. Aku yakin, insyaAllah calon-calon ini tiadalah mengharap akan perkara ini. Mereka semuanya akan bekerja insyaAllah kerana Allah SWT. Meskipun mereka tidak memegang jawatan, keringat dan kudrat mereka akan digunakan untuk membantu menegakkan Islam melalui platform PERMAI ini.

Membuat manifesto, ibarat meminta-minta jawatan. Anda yang menuntut perkara ini, dalam tidak sedar, anda telah mendesak calon-calon ini supaya melakukan perkara yang ditegah oleh Islam itu sendiri. Tidakkah kita sedari ?

Ketiga,

Tiadalah manifesto dilakukan melainkan untuk menarik pengundi, kerana di Malaysia, contohnya dalam pilihanraya antara Parti A & Parti B, masing-masing mengemukakan manifesto sendiri. Parti A dengan ideanya untuk menegakkan keadilan berprinsipkan ISLAM tanpa mengenal batasan kaum, sedangkan lawannya bersifat perkauman. Maka atas dasar MAHU kepada kedudukan tersebut, agar TIDAK ADA YANG DIZALIMI, manifesto dilancarkan.

Jadi aku ingin lontarkan satu persoalan di sini. Adakah ada antara calon-calon ini yang naik kelak, AKAN BERLAKU ZALIM???

Suka aku melihat komen abgygbaikhati di shout box JPR PERMAI.

"psl manifesto tu...abg bukan nk kata pe la...knp kita nk depa wat manifesto..pe sgt yg kita nk perjuangkn di jordan ni smpi mendesak keperluan manifesto tu'??? seharusnya...kita sdiri lah yg menjadi 'manifesto bayangan' kpd bakal pemimpin kita ni..kita pilih yg terbaik di kalangan diorg..yg boleh dan mudah utk b'kerjasama dgn segala kehendak dan tuntutan kita...xder la jd mslh nnt kan? zaman abg dulu pn...x penah2 wlau skali pilihanraya ni...de manifesto2 cm hipokrit la plak...kang kalu x tunaikn jnji dia..pe dia nk jawab dpn tuhan nnt???"


Andai ada yang anggap pemikiran & fikrah seperti ini kolot lagi jumud, maka aku berani katakan, corak pemikiran kita masih belum mencapai tahap matang, tidak sesuai dengan slogan 'Kematangan Bepersatuan' itu masih jauh dari gapaian kita.

Mengapa? Kerana kita sendiri tidak mencipta identiti sendiri, yang terikut dengan apa yang dibawa di Malaysia, sedangkan keadaan kita SANGAT-SANGAT BERBEZA di sini.

Pilihan anda, maka tanggunglah sendiri.

Kaji & selidikilah lagi berkenaan sistem siasah Islam, kiranya kita masih mahu menggunakan slogan 'Kematangan Bepersatuan' dalam Mesyuarat Agung Tahunan kita kali ini.

Harapnya, dalam pemilihan kali ini, ahli sendirilah yang bersikap proaktif, mencari maklumat calon-calon, bertanya-tanya, merisik-risik, apa salahnya? Agar kelak, pilihan yang dibuat, tidak meletakkan kita dalam golongan yang ZALIM! (macam nak kawen plak)


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Wednesday, July 15, 2009

Pilihanraya PERMAI (siri 3)

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Tempat, biarlah sepadan dengan orangnya!

Menjawab kepada persoalan yang dilontarkan dalam shout box & juga komen dalam entriku sebelum ini, berkenaan 'Bagaimana pula dengan juniors dari Universiti Yarmouk?'

Sebelum aku mengulas panjang, perlu aku tegaskan di sini yang semua ini hanyalah pandangan peribadiku, yang boleh jadi salah atau tidak tepat. Anda berhak menerima & menolak. Apa yang aku lontarkan di sini hanyalah untuk difikirkan bersama.

Maka, sekali lagi, aku mohon, izinkan aku mengemukakan pendapatku berkenaan pemilihan pucuk pimpinan PERMAI untuk sesi akan datang.

Soalan: Bagaimana dengan Afifuddin, Sahel & Farahindun?

Bukanlah niatku untuk mendiskriminasi antara JUST & Yarmouk ye... (",)

Aku tidak nafikan, mengikut pengalamanku berurusan & bekerja dengan Afif & Sahel, serta pada pengamatanku, mereka berdua punyai nilai & kualiti yang sangat tinggi, baik dari segi gerak kerja, mahupun corak mereka berfikir dan mengeluarkan pendapat. Amat rugi sekali kiranya mereka tidak dimanfaatkan.

Namun, perlu diingatkan, kerusi yang diperuntukkan untuk mahasiswa Yarmouk hanyalah 2 untuk siswa & 1 untuk siswi.

Calon-calon yang lebih seniors di Universiti Yarmouk ini lebih berharga, & wajar untuk 'dipergunakan' & 'diperhambakan' sebelum mereka pulang, memandangkan tempoh mereka berada di Jordan ini begitu singkat berbanding JUST.

Misalan, untuk siswa, aku sendiri yang mencadangkan untuk Amin berada di 2 kerusi teratas. Manakala calon kedua pula adalah lebih sesuai dari kalangan senior itu sendiri, memandangkan kerusi yang bakal dipegangnya adalah Naib Presiden (merangkap Ketua Yarmouk) atau lebih popular disebut sebagai Presiden/Pengerusi Majlis Mahasiswa Yarmouk. Dan aku pasti anda sebagai pembaca boleh meneliti sendiri siapa yang layak untuk berada di kerusi tersebut berdasarkan senarai calon yang dikeluarkan, berpandukan kepada seniority, pengalaman & pemahaman berkenaan waqi3 di Jordan ini.

Maka atas sebab yang tersebut di atas, aku tidak menyebut nama-nama juniors dari Universiti Yarmouk.

Walaubagaimanapun, aku rasakan mereka ini kiranya tidak dipilih untuk kerusi Majlis Tertinggi, masih boleh dimanfaatkan dalam Majlis Mahasiswa Yarmouk. Kebolehan, kemampuan & kemantapan dari segi gerak kerja mereka seharusnya dimanfaatkan

Majlis Mahasiswa Yarmouk, aku yakin, entiti ini masih menagih tenaga-tenaga untuk menggerakkannya. Ahli PERMAI secara keseluruhannya juga, masih tertunggu-tunggu, sekiranya Majlis Mahasiswa JUST sudah pun melaksanakan program Mini Clinic mereka, menuntut, apakah yang mampu dijana & dihasilkan oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk untuk manfaat masyarakat PERMAI umumnya.

Aku yakin, insyaAllah, dengan serapan tenaga-tenaga muda yang gigih ini bakal menjelmakan kekuatan sebenar entiti yang dianggotai oleh seluruh mahasiswa Yarmouk ini.

Akhir kalam, sekali lagi aku tegaskan, semua ini tiadalah lain, pandangan seorang yang tidak jauh mana penelitiannya. Aku mengemukakan pendapatku atas kapasitiku seorang senior yang mahu melihat PERMAI untuk melangkah lebih besar, daripada tahun-tahun sebelum ini.

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Pilihanraya PERMAI (siri 2)

Bismillah.
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Izinkan aku sekali lagi untuk mencoret berkenaan pilihanraya PERMAI yang bakal berlaku, bagi memilih kepimpinan baru bagi sesi akan datang ini. Niatku bukanlah untuk berkempen semata-mata, malah untuk memberikan rasional kepada para pembaca untuk menilai sendiri calon-calon yang ada, supaya jelas akan ciri-ciri pemimpin yang bakal kita sendiri pilih, juga agar tepat pilihan kita kelak pada hari pengundian.

1) Keperluan untuk melatih pelapis (juniors) bagi memastikan kemandirian & juga kelangsungan mata-mata rantai perjuangan, meneruskan legacy PERMAI pada tahun-tahun akan datang.

Melihat kepada senarai calon yang layak bertanding, ada beberapa nama dari kalangan juniors (tahun 1) berbanding calon lain yang terdiri daripada mereka yang berada pada tahun 2 & ke atas.

Perbezaan antara dua, membentuk sinergi yang lebih menarik & dinamik.

Bagi aku, perlunya kepada beberapa kerusi dalam Majlis Tertinggi PERMAI ini diduduki oleh juniors. Misalan pada kerusi Setiausaha & Timbalannya, atau Bendahari & Timbalannya. Hal ini bagi membolehkan mereka mengaut & menimba pengalaman dalam pentadbiran PERMAI itu sendiri.

Majlis Tertinggi jauh berbeza dengan Majlis Eksekutif. Majlis Eksekutif punyai portfolio masing-masing yang jauh lebih berat & cenderung kepada pelaksanaan program & aktiviti.

Majlis Tertinggi pula lebih tertumpu kepada pentadbiran, perjalanan gerak kerja, penggubalan dasar & penentuan keputusan.

2 perkara yang berbeza digabungkan yang membentuk Majlis Mesyuarat PERMAI, bersinergi dalam keadaan yang harmoni. Namun kedua-duanya tetap berbeza!

Maka sekiranya tiada pelapis, bagaimana PERMAI bakal meniti hari-hari (baca: sesi-sesi) mendatang?

Nama-nama seperti Arif Hakimi, Faiz Azra'in, Farhanah & Nadhirah harus difikirkan untuk diberi peluang, agar mereka dapat ditempatkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PERMAI, supaya pada tahun-tahun berikutnya, mereka mampu menjadi pengganti, peneraju yang berkualiti, dengan menambah-baik idea-idea, serta menampal lompong-lompong kosong dalam kekurangan pentadbiran PERMAI sesi sebelumnya.

2) Seniors tidak hanya diperlukan dalam Majlis Tertinggi, malahan dalam Majlis Eksekutif.

Seniors, sila jangan tinggalkan juniors, walaupun anda berbulu lain!

Kadangkala, kita sebagai seniors ini sering kali menganggap, "Ah, dulu kerja tu aku time jadi junior la buat, dah jadi senior ni takyah dah buat keje-keje tu..."
Kita akan mengandaikan, juniors ini masih baru, masih awal untuk mereka diletakkan dalam Majlis Tertinggi. Cukuplah dulu bekerja dalam Majlis Eksekutif yang 6 itu (ya3ni JKK).

Ini tanggapan yang silap.

Kadang-kadang kita terlepas pandang yang juniors ini pun ada kekurangannya. Dari aspek pengalaman, memahami waqi3 & pengetahuan berbanding seniors. Boleh jadi kiranya MT yang kita rasakan kuat untuk naik, tapi Majlis Eksekutif yang lemah, bisa menggugat kelicinan gerak kerja keseluruhan organisasi itu sendiri.

Sinergi antara seniors & juniors, baik dari segi antara AMT atau AME, yang membentuk AMM, bakal menjadikan pergerakan gerak kerja itu jauh lebih lancar berbanding sebelum ini. Malahan, proses latihan untuk para juniors ini turut dapat dilaksanakan.

Aku berkata sebegini rupa kerana pada pandangan aku, kiranya para juniors ini tidak diberikan peluang, para seniors ini yang nak membolot semua kerusi, pada satu hari nanti PERMAI bakal dilanda krisis ketiadaan pemimpin yang berkelayakan. Lantas penyakit-penyakit lain bakal menghinggap, seperti perpecahan, perbezaan pendapat yang ketara, masalah sosial yang meruncing, biah solehah yang tidak lagi terjaga. Ya, tidak mustahil perkara ini berlaku dalam komuniti seramai 600 orang, kiranya tiada kepimpinan yang mantap.

Mengapa tiada kepimpinan yang mantap pada waktu itu? Kerana kesan daripada hari ini, kita, para seniors yang ego tidak mahu mendidik, memandu & membentuk mereka untuk menjadi seorang pemimpin.

Anda boleh berkempen untuk siapa sahaja, tapi disebalik kempen anda, fikirkanlah yang terbaik untuk semua. Aku tidak rasakan semua yang tercalon itu ada antaranya yang tidak layak. Mereka semua, aku yakin, punyai kualiti & nilai mereka tersendiri yang menyebabkan anda semua yang membaca ini memilih mereka.

Create your own banner at mybannermaker.com!


Maka atas dasar kepercayaan jugalah, aku memohon kepada seluruh warga PERMAI untuk membuat keputusan yang terbaik. Bukan untuk kita pada tahun-tahun yang bakal kita ada di Jordan ini sahaja, malahan untuk generasi-generasi yang masih belum sampai di Jordan ini juga.

Juga, agar tatkala mereka sudah membentuk kabinet penuh & melaksanakan gerak kerja di tengah-tengah sesi, tidak ada antara kita yang bangun, mengutuk, mengeji, mencerca malahan MENENTANG apa yang cuba dilakukan oleh mereka sedangkan KITA SENDIRI YANG MEMILIH & MELETAKKAN MEREKA pada tempat itu, satu masa dahulu.

Semua undi yang kita buang menggambarkan keputusan kita & setiap keputusan yang kita lakukan bakal dipersoalkan di hadapan-Nya kelak. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan kita tahu keputusan kita itu tidak tepat?

Ala kullukum ra3in, wa kullukum mas'ulun 3an ra3iyyatihi...

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan